3

Berita Baik

Berita baik untuk guru pedalaman, Kementerian mempertimbangkan akan menaikkan elaun pedalaman kepada guru-guru pedalaman bagi sekolah-sekolah terpilih sahaja. Difahamkan hanya 300 buah sekolah di pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima tambahan elaun pedalaman sebanyak RM750 dan RM 1250 sebulan. Ini akan menarik minat guru-guru mengajar di pedalaman.

Namun berita baik ini masih lagi tidak diminati oleh bakal-bakal guru baru yang akan keluar daripada maktab perguruan dan universiti tempatan. Kesukaran untuk bertukar tempat kerja dari pedalaman ke bandar setelah berkhidmat di pedalaman menjadikan mereka tidak berminat ke pedalaman. Mereka beranggapan jika bekerja di pedalaman, mereka akan tersangkut di pedalaman dalam tempoh yang lama dan ketidakendahan pegawai Kementerian Pelajaran dalam memberi perhatian dan layanan yang baik kepada guru-guru yang bekerja di pedalaman.

Adanya sistem pertukaran guru secara online; eG-Tukar, ia memudahkan guru membuat pertukaran antara daerah dan negeri. Dahulu, guru terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pengesahan pertukaran ke kawasan yang lain kerana borang pertukaran guru perlu melalui Guru Besar/Pengetua kemudian Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan akhir sekali baru Kementerian Pelajaran. Ia mengambil masa yang lama untuk diproses dan disahkan.
3

Pesta Sotong


Tangkapan sotong yang berjaya dinaikkan pada malam Ahad yang lalu :
Cuba bayangkan jikalau setiap malam dapat sotong sebanyak ini.....fuh, sotong salai nampaknya.
2

Pengembaraan Bermula


Selamat Tahun Baru 2010
Tahun ini merupakan tahun yang ganjil bagi SK Pulau Pemanggil, tahun dimana jumlah pelajar bertambah sedikit kepada 9 orang pelajar dan pertambahan guru-guru baru seramai 4 orang iaitu Guru Agama, Guru Sains, Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Guru Matematik. Jadi jumlah keseluruhan guru ialah 6 orang Guru Penolong dan seorang Guru Besar.
Perjalanan ke Pulau Pemanggil mengambil masa selama 4 jam, meredah lautan yang masih lagi tenang dengan menaiki bot yang disediakan oleh pihak PPD Mersing. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku semasa perjalanan ke Pulau Pemanggil. Ketibaan guru-guru baru disambut baik oleh orang kampung Kampung Buau, Pulau Pemanggil terutama Ketua Kampung Buau.


Semoga pada tahun ini, SK Pulau Pemanggil akan terus berjaya mendidik dan menghasilkan anak bangsa yang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
0

Sekolah dan Astro

Pada minggu ini, pihak Astro akan menayangkan program TV yang berkaitan dengan kehidupan di sesebuah pulau di Semenanjung Malaysia. Tidak dapat diketahui bila dan nama rancangan TV tersebut. Saksikanlah dokumentari Pulau Pemanggil di Astro
0

Bermulanya

Hari ini bermulanya peperiksaan akhir tahun pelajar SK Pulau Pemanggil dengan dimulakan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan kemudian Bahasa Melayu Penulisan, Matematik dan akhir sekali Pendidikan Islam. Hampir kesemua pelajar dapat hadir untuk menduduki peperiksaan ini. Tiada pelajar tahap 2 bermakna peperiksaan akhir tahun akan tamat awal iaitu pada hari Khamis. Peperiksaan kali ini diuruskan oleh guru-guru SK Pulau Pemanggil.
0

Rekaan bendera SK Pulau Pemanggil untuk dinilai

Minta kerjasama daripada tuan/puan untuk menilai dan vote rekaan bendera SK Pulau Pemanggil (disebelah kanan blog) yang akan digunakan pada tahun hadapan.

Bendera 1












Bendera 2














Bendera 3















Bendera 4














Bendera 5














Bendera 6
0

Examination Week

Minggu ini adalah minggu peperiksaan akhir tahun pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil, Mersing, Johor. Pelajar tahun 1, 2 dan 3 akan menghadapi peperiksaan sebelum program akhir tahun seperti perkhemahan ko-kurikulum, sukaneka dan majlis kecemerlangan.
Doakan untuk pelajar-pelajar sekolah ini mudah menjawab soalan peperiksaan dan mendapat keputusan yang baik. Insyallah.
 
Copyright © SK Pulau Pemanggil