Berita Baik

Berita baik untuk guru pedalaman, Kementerian mempertimbangkan akan menaikkan elaun pedalaman kepada guru-guru pedalaman bagi sekolah-sekolah terpilih sahaja. Difahamkan hanya 300 buah sekolah di pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima tambahan elaun pedalaman sebanyak RM750 dan RM 1250 sebulan. Ini akan menarik minat guru-guru mengajar di pedalaman.

Namun berita baik ini masih lagi tidak diminati oleh bakal-bakal guru baru yang akan keluar daripada maktab perguruan dan universiti tempatan. Kesukaran untuk bertukar tempat kerja dari pedalaman ke bandar setelah berkhidmat di pedalaman menjadikan mereka tidak berminat ke pedalaman. Mereka beranggapan jika bekerja di pedalaman, mereka akan tersangkut di pedalaman dalam tempoh yang lama dan ketidakendahan pegawai Kementerian Pelajaran dalam memberi perhatian dan layanan yang baik kepada guru-guru yang bekerja di pedalaman.

Adanya sistem pertukaran guru secara online; eG-Tukar, ia memudahkan guru membuat pertukaran antara daerah dan negeri. Dahulu, guru terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pengesahan pertukaran ke kawasan yang lain kerana borang pertukaran guru perlu melalui Guru Besar/Pengetua kemudian Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan akhir sekali baru Kementerian Pelajaran. Ia mengambil masa yang lama untuk diproses dan disahkan.

3 comments:

zam said...

tlg masukkan semua gambar2 guru sekolah kebangsaan pulau pemanggil..bia dijadikan sejarah

guru handsome said...

setuju2.. sokong 900%.. update sikit..

Guru Beges said...

tak boleh tukar..

 
Copyright © SK Pulau Pemanggil