0

UPSR kembali

Murid tekun menjawab soalan latih tubi.
Kerancakan pengajaran dan pembelajaran murid tahun 6 akan dinilai menerusi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Semua usaha telah dilakukan untuk memastikan calon yang menduduki ujian tersebut berjaya dalam menjawab soalan dengan tenang. Tempoh membentuk murid UPSR ini amatlah singkat hanya selama 2 tahun sahaja (berpindah dari sekolah rendah di Kluang), namun apa yang diharapkan oleh semua guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil adalah murid tersebut berjaya di hari tua nanti. Doakan murid ini berjaya. Amin.
0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdullilah... hampir sebulan kita menjalankan ibadat berpuasa dan semakin pula menghampiri hari raya. Bersyukur kita dapat menunaikan ibadat yang fardu ke atas kita ini dengan jayanya. Sebulan kita berpuasa, banyak kejadian-kejadian yang tidak disangkakan berlaku. Kematian Mak Ngah Zalimah dan saudara terdekat salah seorang guru menjadikan kita mengingati bahawa kita tidak boleh lari dari kematian yang ditentukannya. Ucapan takziah kepada mereka dan ahli keluarga mereka.
Setiap kematian, mesti ada kelahiran. Seorang guru telah dikurniakan seorang cahaya mata di dalam bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah. Tahniah kepada guru tersebut. Semoga dia dan keluarganya hidup dalam bahagia dan harmoni.
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan maaf zahir dan batin.
0

Mural Sekolah




Bermula semalam dan hari ini, projek pertama mural sekolah bermula dengan menghasilkan bendera-bendera setiap negeri-negeri di Malaysia. Pada mulanya agak pelik sedikit untuk menghasilkan mural sedemikian, maklumlah tiada guru yang berpengalaman dalam menghasilkan mural. Namun setelah menghasilkannya, satu kepuasan dirasai oleh guru. Semua guru terlibat dalam menjayakan projek mural ini. Terima kasih.
0

Ramadhan semakin hampir


Alhamdulillah.
Bersyukur kita kerana kita diberi peluang untuk merasai bulan Ramadhan yang mulia ini setahun sekali. Bersama-samalah kita menggandakan ibadat kita kepada tuhan yang satu, Allah S.W.T semoga kita diberikan kesenangan di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua dapat merasai kenikmatan bulan Ramadhan ini dengan keadaan yang baik dan tenang.
0

All New!!!

Alhamdulillah
Blog SK Pulau Pemanggil berubah wajah. Lebih menarik dan lebih ringan.
Selamat melayari blog sekolah ini, semoga anda menyukainya.
 
Copyright © SK Pulau Pemanggil