0

Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog Sekolah Kebanggsaan Pulau Pemanggil. Seperti yang anda tahu, Pulau Pemanggil merupakan sebuah pulau di perairan negara yang terletak di negeri Johor dan terletak bersebelahan dengan Pulau Tioman. Ia terletak 65.5 km daripada Jeti Mesing dan berada Dun Tenggaroh. Bilangan penduduk di sini tidak seramai yang anda sangkakan. Hanya 10 keluarga yang tinggal di pulau ni termasuk guru-guru, polis marin dan jururawat kampung.

Apa yang menarik di pulau ini adalah pulau ini terkenal dengan tempat memancing ikan laut dalam di kalangan warga Singapura dan Kuala Lumpur. Tempat ini juga merupakan tempat riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan skuba. Bagi sesiapa berminat untuk mendapat lesen PADI ( Professional Association of Fiving Instructors ), bolehlah mengambil kursus dengan syarikat Aqua Trade Sdn Bhd (03-4257 4353).

Bagi pelancong yang sukakan aktiviti lasak, aktiviti jungle tracking dan berkenu disediakan. Bagi aktiviti jungle tracking, tiada bayaran dikenakan kerana ia termasuk di dalam pakej pelancongan/memancing tetapi perlu meminta pemilik syele menyediakan aktiviti itu. Namun bagi perkhidmatan berkenu, sedikit bayaran dikenakan bagi setiap kenu.

Untuk sampai ke pulau ini, mereka boleh menempah pakej pelancogan di pelajabat ejen pelancong di Mersing, Johor.
 
Copyright © SK Pulau Pemanggil