0

Karnival Sukan Sekolah Pulau Negeri Johor Kali ke-4 Tahun 2009

Karnival Sukan Sekolah Pulau Negeri Johor Kali ke-4 diadakan di Pulau Tinggi anjuran Jabatan Pelajaran Johor. Ia berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 28 Julai 2009 sehingga 30 Julai 2009. Penglibatan pelajar, guru-guru dan wakil ibubapa pelajar adalah diwajibkan.
Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil menghantar 2 orang wakil pelajar menyertai sukan tersebut iaitu Muhammad Mustafa Bin Rafa dan Mohamad Azizan Bin Farizan, pelajar Tahun 1. Perjalanan pergi dan balik pelajar, guru-guru dan ibubapa dengan menaiki bot yang disediakan oleh pihak PPD Mersing.
0
Beberapa link perlu ingat bagi memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah.

  1. EMIS 5.0 Online (perlu dihantar setiap akhir bulan)
  2. Pendaftaran UPSR
  3. Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah
Lain-lain link:
  1. E-Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
  2. Sistem EG-Tukar
  3. Semakan Status Tuntutan Kewangan (E-Maklum)
  4. EDUWEBTV
  5. HRMIS
  6. Ministry Of Education
0

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012

PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

- Utusan

1

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada 5 jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut :

  1. Al-Muawwizat (Pelindung-Pelindung)
  2. Ayatul Kursi
  3. Surah Yassin Ayat 1 hingga 9
  4. Ayat Berkubu
  5. Ayat Penggerak

Al- Muawwizat ( Pelindung-Pelindung )

Bacaan :


Cara :

  1. Lunjurkan kaki kea rah kiblat
  2. Mengangkat kedua tapak tangan seperti berdoa
  3. Baca ayat Al-Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca surah Al-Fatihah )
  4. Tarik nafas kemudian hembus pada tapak tangan sehingga habis nafas
  5. Tarik nafas sedikit dan kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan pada seluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit
  6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat Subuh setiap hari

Ayatul Kursi

Bacaan :

Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(Surah Al-Baqarah ayat 255)

Cara :

  1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
  2. Untuk melindungi diri sendiri : selepas baca ayatul Kursi, tiup sekeliling mengikut arah pergerakan tawaf Kaabah dengan niat melindungi diri
  3. Untuk melindungi rumah : baca ayatul Kursi sambil berjalan mengelilingi rumah ( mengikut pergerakan tawaf Kaabah ) sama ada di dalam rumah atau di luar rumah.

Surah Yassin Ayat 1 hingga 9

Bacaan :

Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

Cara :

  1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
  2. Berdiri di satu penjuru rumah ( katakana dihadapan rumah sebelah kanan ) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu di kiri rumah.
  3. Baca surah Al-Fatihah diikuti surah Yassin ayat 1~9.
  4. Sambil membaca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi ( ikut arah tawaf Kaabah ).
  5. Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang pertama. Jumlahnya 4 kali.
  6. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratkan mendinding seluruh bumbung rumah.

Ayat Berkubu

Bacaan :

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad Rasulullah.

Cara :

  1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
  4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
  5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

Ayat Penggerak

Bacaan :

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Cara :

  1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
  2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

0

Ayatul Kursi




Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).


0

Dokumentari Pulau Pemanggil


Sebuah syarikat penyiaran swasta, Astro Malaysia telah membuat dokumentari mengenai Pulau Pemanggil, Mersing, Johor. Pengambaran bermula pada 19 Julai dan berakhir pada 22 Julai 2009. Pengambaran dokumentari pulau mengenai persekitaran Pulau Pemanggil, sekolah, adat resam pulau dan kehidupan di Pulau Pemanggil.
Pihak Astro telah membuat pengambaran di sekolah pada hari ini (21 Julai 2009) untuk melihat sendiri suasana pembelajaran dan pengajaran di pulau. Pihak sekolah menerima kedatangan dan pengambaran mereka secara terbuka.
Mengikut khabar angin daripada pihak Astro tersebut, tayangan dokumentari Pulau Pemanggil akan ditayangkan di siaran Astro Prima pada akhir bulan Oktober hadapan.
 
Copyright © SK Pulau Pemanggil