Pengembaraan Bermula


Selamat Tahun Baru 2010
Tahun ini merupakan tahun yang ganjil bagi SK Pulau Pemanggil, tahun dimana jumlah pelajar bertambah sedikit kepada 9 orang pelajar dan pertambahan guru-guru baru seramai 4 orang iaitu Guru Agama, Guru Sains, Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Guru Matematik. Jadi jumlah keseluruhan guru ialah 6 orang Guru Penolong dan seorang Guru Besar.
Perjalanan ke Pulau Pemanggil mengambil masa selama 4 jam, meredah lautan yang masih lagi tenang dengan menaiki bot yang disediakan oleh pihak PPD Mersing. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku semasa perjalanan ke Pulau Pemanggil. Ketibaan guru-guru baru disambut baik oleh orang kampung Kampung Buau, Pulau Pemanggil terutama Ketua Kampung Buau.


Semoga pada tahun ini, SK Pulau Pemanggil akan terus berjaya mendidik dan menghasilkan anak bangsa yang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

2 comments:

Norizan said...

Boleh saya tanya. Dengan 9 orang pelajar dan 6 orang guru, adakah sekolah ini menjalankan kelas bercantum? Kalau ada, bolehkan cikgu beri sedikit gambaran situasi kelas bercantum tersebut dan juga jadual waktu guru.
Terima kasih.

Anonymous said...

Ya, kami menjalankan kelas cantum. Memandangkan palajar Tahun 6 tiada pada tahun ini, maka kami membuat keputusan mencantumkan pelajar Tahun 2 & 3 satu kelas dan Tahun 4 & 5 satu kelas. Kelas Tahun 1 diasingkan supaya matlamat membentuk pelajar dapat dilakukan tanpa ganguan dari pelajar lain. "Kuatkan akar menjadikan pokok kuat dan tahan lama".

 
Copyright © SK Pulau Pemanggil