Karnival Sukan Sekolah Pulau Negeri Johor Kali ke-4 Tahun 2009

Karnival Sukan Sekolah Pulau Negeri Johor Kali ke-4 diadakan di Pulau Tinggi anjuran Jabatan Pelajaran Johor. Ia berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 28 Julai 2009 sehingga 30 Julai 2009. Penglibatan pelajar, guru-guru dan wakil ibubapa pelajar adalah diwajibkan.
Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil menghantar 2 orang wakil pelajar menyertai sukan tersebut iaitu Muhammad Mustafa Bin Rafa dan Mohamad Azizan Bin Farizan, pelajar Tahun 1. Perjalanan pergi dan balik pelajar, guru-guru dan ibubapa dengan menaiki bot yang disediakan oleh pihak PPD Mersing.

0 comments:

 
Copyright © SK Pulau Pemanggil