0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdullilah... hampir sebulan kita menjalankan ibadat berpuasa dan semakin pula menghampiri hari raya. Bersyukur kita dapat menunaikan ibadat yang fardu ke atas kita ini dengan jayanya. Sebulan kita berpuasa, banyak kejadian-kejadian yang tidak disangkakan berlaku. Kematian Mak Ngah Zalimah dan saudara terdekat salah seorang guru menjadikan kita mengingati bahawa kita tidak boleh lari dari kematian yang ditentukannya. Ucapan takziah kepada mereka dan ahli keluarga mereka.
Setiap kematian, mesti ada kelahiran. Seorang guru telah dikurniakan seorang cahaya mata di dalam bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah. Tahniah kepada guru tersebut. Semoga dia dan keluarganya hidup dalam bahagia dan harmoni.
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan maaf zahir dan batin.
0

Mural Sekolah




Bermula semalam dan hari ini, projek pertama mural sekolah bermula dengan menghasilkan bendera-bendera setiap negeri-negeri di Malaysia. Pada mulanya agak pelik sedikit untuk menghasilkan mural sedemikian, maklumlah tiada guru yang berpengalaman dalam menghasilkan mural. Namun setelah menghasilkannya, satu kepuasan dirasai oleh guru. Semua guru terlibat dalam menjayakan projek mural ini. Terima kasih.
 
Copyright © SK Pulau Pemanggil